X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Tom Hanks, isteri dibenar keluar hospital

Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson
Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson
A
A

ANKARA - Pelakon Amerika Syarikat, Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson yang dijangkiti koronavirus (Covid-19), dibenarkan keluar hospital di Australia, lapor agensi berita Anadolu.

Tom Hanks dan isterinya pada Rabu lalu mengumumkan mereka disahkan dijangkiti Covid-19.

Pasangan itu masih dalam kuarantin secara sukarela (self-kuarantin).

Mereka berada di Gold Coast untuk menjalani penggambaran filem biopik mengenai Elvis Presley, lapor BBC.

Hanks menerusi Instagram mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan menjaga mereka dengan baik. - Bernama