Budak lelaki 3 tahun selamat jatuh dari tingkat 18

Kanak-kanak lelaki (kiri) ditemui tertiaran di bawah sebuah apartment di Hangzhou, wilayah Zhejiang. - Agensi
Kanak-kanak lelaki (kiri) ditemui tertiaran di bawah sebuah apartment di Hangzhou, wilayah Zhejiang. - Agensi
A
A
A

HANGZHOU– Seorang budak lelaki berusia tiga tahun di China dilaporkan terselamat selepas terjatuh dari tingkat 18 sebuah apartmen.

Dia bernasib baik apabila 'disambut' sebatang pokok yang menyebabkan mengalami kederaan di beberapa anggota badannya.

Kejadian berlaku pada 15 Julai lalu di Hangzhou, wilayah Zhejiang, ketika mangsa ditinggalkan bersama datuk dan neneknya yang keluar sebentar membeli barangan dapur.

Mereka menyangka cucu mereka sedang tidur dan mengunci pintu rumah untuk elak dia keluar.

Namun, mangsa dipercayai terjaga, masuk ke bilik air dan memanjat ke tingkap tanpa jeriji keselamatan melalui mangkuk tandas sebelum terjatuh dari tingkat atas.

Nasib menyebelahi kanak-kanak itu apabila tubuhnya melanggar tingkap terbuka di tingkat 17 yang mengubah arah kejatuhan sebelum tersangkut dan disambut oleh sebatang pokok yang menyerap sebahagian besar impak.

Seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu menemui kanak-kanak berkenaan terbaring di tanah sebelum menghubungi pengurusan bangunan dan memaklumkan kejadian.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan dilaporkan mengalami kecederaan termasuk patah tangan kiri, ketegangan tulang belakang serta kecederaan organ dalaman, namun kepalanya tidak terjejas.

Doktor menyifatkan insiden itu sebagai satu keajaiban dan kanak-kanak tersebut sempat memberitahu kepada ayahnya supaya membeli mainan robot Bumblebee.

Artikel Berkaitan:

Sebagai tanda syukur, bapanya, yang hanya dikenali sebagai Zhu, dia menggantung bunga merah besar sebagai simbol penghargaan dan kehormatan dalam budaya Cina pada pokok berkenaan.

Insiden itu tular di media sosial, dengan netizen meluahkan rasa terkejut dan syukur serta mengkritik kecuaian penjaga kanak-kanak tersebut.

“Jaga kucing pun orang tutup semua tingkap, apatah lagi anak,” komen seorang pengguna. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!