Blog 'Lessons from Life' papar nukilan Permaisuri Agong

Entri terbaharu blog berkenaan bertajuk 'Menyelami Jiwa Yang Derita', boleh diakses melalui laman: https://zarithidris.com/menyelami-jiwa-yang-derita
Entri terbaharu blog berkenaan bertajuk 'Menyelami Jiwa Yang Derita', boleh diakses melalui laman: https://zarithidris.com/menyelami-jiwa-yang-derita
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah blog baharu bertajuk 'Lessons from Life' yang memaparkan pandangan dan perspektif Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengenai isu semasa dalam bentuk penulisan telah dilancarkan.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam ini, blog tersebut diuruskan oleh Pejabat Media Diraja Johor (Royal Press Office, RPO) dan menampilkan kumpulan artikel pilihan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri.

“Blog ini seterusnya akan menjadi platform Raja Permaisuri untuk berkongsi buah fikiran dan pandangan Seri Paduka Baginda dalam bentuk penulisan,” menurut hantaran tersebut.

Entri terbaharu blog berkenaan bertajuk 'Menyelami Jiwa Yang Derita', yang menyentuh mengenai penderitaan rakyat Gaza di Palestin.

Artikel penuh boleh diakses melalui laman: https://zarithidris.com/menyelami-jiwa-yang-derita

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!