Petani mengaku tidak bersalah seludup enam pendatang asing
01 Ogos 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menyeludup enam pendatang asing pada Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Bagaimanapun, tertuduh, Salim Ahmad, 61, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #SeludupWargaAsing
