Polis siasat aksi penunggang basikal tular

Tular di media sosial video memaparkan sekumpulan penunggang basikal yang menunggang di lorong kiri dan kanan jalan di Persiaran Dato Menteri sehingga menghalang sebuah kenderaan.
Tular di media sosial video memaparkan sekumpulan penunggang basikal yang menunggang di lorong kiri dan kanan jalan di Persiaran Dato Menteri sehingga menghalang sebuah kenderaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Aksi sekumpulan penunggang basikal yang didakwa menunggang secara berbahaya hingga menghalang laluan sebuah kenderaan di Persiaran Dato Menteri di sini pada malam Selasa lalu kini dalam siasatan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam dan dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) milik pemandu kereta terlibat.

"Kumpulan penunggang basikal terbabit dirakam menunggang di lorong kiri dan kanan jalan.

"Tindakan itu menyebabkan pemandu kereta berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan akibat terhalang oleh kumpulan penunggang basikal tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 42 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/1959.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

"Saksi atau orang awam yang melihat insiden atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan penunggang basikal yang menunggang di lorong kiri dan kanan jalan di Persiaran Dato Menteri di sini sehingga menghalang kenderaan lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!