Kacang panggang Ayam Brand menawan selera rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR - Ayam Brand memperkenalkan cara baharu untuk menyediakan kacang panggang di dapur Malaysia dengan meraikan keunikan cita rasa dan kreativiti tempatan bagi mengolah bahan ringkas ini menjadi satu sajian luar biasa.
Kacang panggang sering dikaitkan dengan hidangan barat, ia kini diberi nafas baharu dengan sentuhan tempatan, menjadikannya pelengkap kepada hidangan asli Malaysia.
Inilah semangat di sebalik kempen Makan Lain Macam Ayam Brand yang meraikan budaya makanan tempatan, di mana rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk menyesuaikan, mengolah dan memberikan sentuhan tempatan dalam setiap hidangan yang disajikan.

Kacang panggang, resipi Malaysia
Boleh didapati dalam varian Original, Ringan dan Keju, Kacang Panggang Ayam Brand dihasilkan sebagai pilihan versatil dan mudah disediakan (kacang je!). Pada masa sama, ia mengekalkan rasa klasik yang enak dan mengenyangkan.
Jika selama ini kacang panggang sering dikaitkan dengan sajian ‘mat salleh’ dan dihidangkan bersama roti bakar, telur, serta sosej, kini Ayam Brand tampil dengan cara baharu untuk menikmatinya.
Menerusi kempen Makan Lain Macam, Ayam Brand mengolah bahan asas ini menjadi hidangan yang lebih dekat di hati, menyelerakan, dan beridentitikan Malaysia! Diinspirasikan oleh sajian Melayu, Cina, dan India tempatan, Ayam Brand memperkenalkan cara baharu untuk menikmati keenakan kacang panggang:
- Lempeng Kelapa Sardin dengan Sambal Kacang Panggang
Lempeng kelapa yang lembut dipadankan dengan sardin dan sambal kacang panggang yang pedas. Menjadikan sajian klasik kampung ini lebih menyelerakan.
- Kacang Panggang Masala
Gabungan aroma rempah-ratus dari India dan kacang panggang ini menghasilkan hidangan yang pasti membangkitkan selera dan sesuai dinikmati bersama roti atau nasi.
- Kacang Panggang Brais dengan Ayam & Telur Mata
Sajian ala Cina dengan ayam empuk dan telur mata separuh masak dalam kuah kacang panggang yang enak dan menyelerakan.
Menurut Ketua Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling, Ayam Brand telah menjadi sebahagian daripada dapur rakyat Malaysia selama lebih 130 tahun.
“Tin merah dan kuning ikonik ini bukan sekadar produk, malah menjadi simbol yang dikenali ramai dan sentiasa dekat di hati pengguna sejak zaman berzaman. Bagi kebanyakan pengguna tempatan, kacang panggang sering dianggap sebagai makanan ‘Barat’.
“Namun, menerusi kempen Semua Pasti Kacang ini, kami ingin berkongsi betapa mudah untuk menjadikannya sebahagian daripada hidangan tempatan sesuai dengan selera rakyat Malaysia. Makan Lain Macam meraikan resipi Malaysia, yang disediakan dengan penuh kasih sayang, kreatif, dan menyenangkan,” katanya.
Tin kecil, besar Nutrisi
Kacang Panggang Ayam Brand direka untuk membantu pengguna menyediakan hidangan sempurna dengan mudah.
Sebagai sumber protein dan mengandungi serat, ia menjadi pilihan harian yang bijak untuk para pelajar, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang menginginkan hidangan cepat dan mengenyangkan selepas sibuk seharian.
Apa yang penting ialah sama seperti semua produk Ayam Brand yang lain, ia bebas daripada bahan pengawet. Ia hanya menggunakan ramuan berkualiti tinggi, dibungkus sempurna dan sedia untuk dinikmati.
Didatangkan dengan dua saiz: 230g dan 425g, Kacang Panggang Ayam Brand boleh didapati di semua pasar raya utama di seluruh negeri atau secara dalam talian di Kedai Rasmi Ayam Brand Shopee dan Lazada..
Ingin lebih banyak inspirasi resipi Makan Lain Macam? Sila layari www.ayambrand.com.my/recipes, atau ikuti @ayambrandmy di Instagram dan Ayam Brand Malaysia di Facebook.
Meraikan bukan hanya yang terbaik untuk keluarga anda
Ayam Brand terus menyumbang kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif seperti peraduan Rezeki Raya Dikongsi Bersama yang diadakan baru-baru ini.
Dengan hadiah melebihi RM200,000, termasuk hadiah utama sebuah Proton X70, kempen ini meraikan detik istimewa ketika menjamu selera bersama keluarga atau rakan taulan.

Ayam Brand dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada Cheng Kim Siong, yang menerima hadiah utama sebuah kereta baharu yang disampaikan dalam satu majlis khas pada bulan Jun lalu.
Siapa sangka, aktiviti yang biasa dilakukan beliau iaitu membeli-belah di 99 Speedmart dengan bantuan anaknya boleh bertukar menjadi detik menggembirakan yang tidak dapat dilupakan.
Nantikan lebih banyak lagi kejutan dalam pertandingan yang bakal kami anjurkan di seluruh negeri!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
