Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

KPM pastikan peratusan penempatan guru baharu terus meningkat

31 Julai 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) optimis memastikan penempatan guru baharu di seluruh negara yang ketika ini sudah mencapai tahap 97 peratus akan terus dipertingkatkan, seiring komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru secara berperingkat.

Menurutnya, faktor keutamaan dilaksanakan KPM apabila menentukan penempatan mestilah mengambil kira lokaliti bakal guru berkenaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #KPM #kekuranganguru