RMK13: Kerajaan sasar kurang pekerja asing menjelang 2030

Kerajaan Malaysia bertekad kurangkan pekerja asing kepada 10% menjelang 2030.
Kerajaan Malaysia bertekad kurangkan pekerja asing kepada 10% menjelang 2030.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan pengurangan jumlah pekerja asing dalam pasaran buruh negara daripada 15 peratus ketika ini kepada hanya 10 peratus menjelang tahun 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkukuh tenaga kerja tempatan serta menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam sektor pekerjaan.

“Kerajaan akan melaksanakan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat secara lebih menyeluruh bagi menggalakkan majikan beralih kepada automasi, mekanisasi serta mengutamakan pengambilan pekerja tempatan,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menurut beliau, strategi ini bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing, malah dapat meningkatkan produktiviti, daya saing dan kualiti pekerjaan di dalam negara.

Langkah itu juga dilihat mampu mewujudkan ekosistem pekerjaan yang lebih lestari dan berteraskan teknologi tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!