Sakit gastrik bongkar remaja dirogol bapa

Seorang remaja perempuan yang pada awalnya mengadu sakit gastrik ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang rupa-rupanya menjadi mangsa rogol bapa kandung sendiri. Gambar hiasan
Seorang remaja perempuan yang pada awalnya mengadu sakit gastrik ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang rupa-rupanya menjadi mangsa rogol bapa kandung sendiri. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang remaja perempuan yang pada awalnya mengadu sakit gastrik ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang rupa-rupanya menjadi mangsa rogol bapa kandung sendiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 5.07 petang Isnin.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa berusia 17 tahun menerima rawatan di hospital pada jam 6 petang Selasa kerana mengadu mengalami sakit gastrik.

"Namun hasil temubual awal doktor terhadap mangsa membawa kepada pendedahan mengejutkan apabila remaja itu memaklumkan dirinya telah dirogol oleh bapa kandungnya sendiri berusia 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, susulan laporan polis dibuat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah menahan suspek di kawasan Bestari Jaya di sini pada jam 10.15 malam hari sama.

Katanya, suspek bekerja sebagai tukang urut dan masih mempunyai isteri itu direman selama tujuh hari bermula Rabu hingga 5 Ogos bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram,” katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!