Debaran menanti Cabutan Bertuah Mega malam ini

Pengunjung dijangka menanti pengumuman Cabutan Bertuah Mega Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 malam ini. FOTO:ROSLI TALIB
Pengunjung dijangka menanti pengumuman Cabutan Bertuah Mega Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 malam ini. FOTO:ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai dijangka menantikan pengumuman hadiah Cabutan Bertuah Mega sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang bakal menutup tirai pada malam ini.

Cabutan bertuah tersebut menawarkan hadiah utama berupa dua skuter, iaitu Benelli Panarea 125 dan QJ LTR 150.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah lain termasuk barangan elektrik dan baucar eksklusif.

Sudah tentu pengunjung akan menantikan pengumuman tersebut yang dijangka berlangsung pada jam 11.30 malam ini.

Selain itu, kemeriahan pengunjung pada hari terakhir karnival turut tertumpu pada kawasan tarikan utama seperti Rumah Hantu, Maze Gergasi, Pasar Saloma, permainan Go-Kart dan Riuh Rewang MAHSURI.

Penyelaras Program Reruai Sinar Harian, Nurul Riduan Nor Ashaha berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan sejak hari pertama karnival berlangsung, malah kehadiran pengunjung semakin bertambah menjelang hari terakhir ini.

“Dari pagi hingga malam, staf kami tidak menang tangan kerana reruai Sinar Harian dikunjungi orang ramai tanpa henti.

“Sampai saat akhir sebelum kita tutup pun, masih ada yang datang untuk sertai aktiviti di reruai Sinar Harian,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Reruai Sinar Harian mencuri tumpuan pengunjung dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik termasuk permainan Bantuan Untuk Anda (B4U), Baca Berita Ekstrem dan Teka Tutup Botol dalam Balang.

Artikel Berkaitan:

Cabaran Baca Berita Ekstrem akan diadakan di pentas utama malam ini. FOTO:ROSLI TALIB
Cabaran Baca Berita Ekstrem akan diadakan di pentas utama malam ini. FOTO:ROSLI TALIB

Ujar Nurul Riduan, sempena hari terakhir program, cabaran Baca Berita Ekstrem juga akan diadakan di pentas utama Karnival Siang Malam Karangkraf bagi membuka ruang kepada orang ramai untuk menguji keberanian membaca berita.

“Kita buka ruang kepada sekurang-kurangnya 15 peserta yang perlu membaca berita sambil memegang haiwan eksotik.

“Hadiah tempat pertama hingga ketiga akan menerima barangan elektrik dan dua tiket penerbangan ke Kuching, Sarawak.

“Yang lain pula akan menerima hadiah saguhati,” menurutnya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!