Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang 2025

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang pada program Merdeka 6.8KM Fun Run & Walk sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas di Muar, hari ini.
Turut menyertai larian ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Nik Kamaruzaman Nik Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Mano Verabathran dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Mazlan Abd Mutalib serta Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Julina Johan. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
