Bomba bantu potong cincin tersekat pada kemaluan lelaki

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU - Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu mengambil masa kira-kira 22 minit untuk mengeluarkan sebentuk cincin yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki di sebuah hospital di sini pada Khamis.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ghaffar Surol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jabatan kecemasan hospital berkenaan pada jam 7.01 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati cincin berkenaan tersekat pada alat sulit lelaki berusia 29 tahun.

“Operasi melibatkan lima anggota dan berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.52 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, pihaknya menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin tersebut dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan kepada mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!