Johari cadang KKM bawa alat hilangkan tekanan ahli Parlimen

Johari
Johari
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran agar membawa peralatan bagi mengurangkan tekanan atau 'stress' untuk diedarkan kepada ahli Parlimen semasa persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan memandangkan semua ahli Parlimen berada di dalam Dewan untuk tempoh yang panjang, yang berpotensi menjejaskan kesihatan mereka.

“Sebelum saya jemput Machang, saya masih ingat lagi KKM ada mencadangkan beberapa kaedah untuk kita hilangkan tekanan.

“Antaranya adalah peralatan yang mahu dibekalkan kepada kita kerana kita duduk di sini terlalu lama dan ini boleh membahayakan diri kita. Jadi saya cadangkan KKM bawa balik peralatan itu untuk diedarkan kepada ahli Parlimen,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebelum memulakan sesi perbahasan oleh Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN–Machang) mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS–Sri Aman) ketika membahaskan RUU tersebut secara berseloroh berkata, tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang berdiri ketika itu menyebabkan beliau berasa tertekan.

Sebelum itu, Johari turut bertanya sekiranya terdapat masalah berbangkit susulan tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang berdiri semasa ahli lain sedang membentangkan perbahasan.

“Oh, stress? Okay, okay. (Doris Sophia, sila) teruskan,” katanya.

“Macam you buat I stress bila berdiri,” celah Doris kepada Wan Ahmad Fayhsal sambil disambut gelak tawa ahli Dewan yang lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!