Saarani lawat ADUN Batu Kurau

Saarani (kanan) meluangkan masa menziarahi Mohd Najmuddin yang menerima rawatan di Hospital KPJ Ipoh. Foto FB Saarani Mohamad
Saarani (kanan) meluangkan masa menziarahi Mohd Najmuddin yang menerima rawatan di Hospital KPJ Ipoh. Foto FB Saarani Mohamad
A
A
A

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meluangkan masa menziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Mohd Najmuddin Elias di Hospital KPJ Ipoh pada Ahad.

Menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya, Saarani mendoakan kesembuhan buat wakil rakyat itu yang masih menerima rawatan sejak Khamis lalu.

“Dalam sela urusan hari ini, saya menziarahi rakan saya Mohd Najmuddin di Hospital KPJ Ipoh.

“Saya doakan semoga beliau diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan supaya boleh kembali bertugas seperti sediakala. Amin,” katanya.

Saarani mendoakan kesembuhan buat Mohd Najmuddin yang menerima rawatan di Hospital KPJ Ipoh. Foto FB Saarani Mohamad
Saarani mendoakan kesembuhan buat Mohd Najmuddin yang menerima rawatan di Hospital KPJ Ipoh. Foto FB Saarani Mohamad

Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook rasmi Mohd Najmuddin, anaknya memaklumkan bahawa keadaan ayahnya telah stabil dan tidak lagi memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini (Ahad) merupakan hari ketiga ayah dirawat di sebuah hospital swasta di Ipoh dan doktor memaklumkan bahawa virus telah dapat dikawal. Namun, masih terdapat jangkitan virus di bahagian paru-paru sebelah kanan serta terkini pada bahagian buah pinggang, dan ia memerlukan sedikit masa lagi untuk dirawat.

“Doktor juga menasihatkan agar ayah banyak berehat daripada segala aktiviti kerana terdapat kemungkinan jangkitan boleh menyerang semula pada bila-bila masa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut hantaran itu, keluarganya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk Saarani yang sudi menziarahi serta mendoakan kesembuhan wakil rakyat berkenaan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Mohd Najmuddin terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipercayai mengalami jangkitan kencing tikus (leptospirosis) pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!