Percutian bertukar duka, kanak-kanak kritikal selepas lemas dalam kolam

Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas di kolam renang sebuah rumah inap.
Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas di kolam renang sebuah rumah inap.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan kritikal selepas lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar Kota Laksamana di sini pada pagi Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9.45 pagi sebelum tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun telah dikeluarkan dari kolam oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR),” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk tindakan selanjutnya.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!