Anwar umum langkah redakan keresahan rakyat

Anwar tiba di Dataran Kampung Pachitan sempena Kenduri Rakyat pada Ahad.
Anwar tiba di Dataran Kampung Pachitan sempena Kenduri Rakyat pada Ahad.
A
A
A

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa satu pengumuman besar yang akan dibuat minggu hadapan bertujuan meredakan keresahan rakyat, khususnya golongan bawahan.

Menurut Anwar, langkah tersebut sedang dirangka dengan kerjasama pegawai kewangan, ekonomi serta Jemaah Menteri bagi memastikan bantuan yang bakal diumumkan benar-benar memberi kesan positif kepada rakyat.

“Walaupun kita telah ambil langkah-langkah yang perlu, namun kita tetap mendengar keluhan rakyat.

“Dari segi makroekonomi, ekonomi negara berada dalam keadaan baik, kadar inflasi rendah, kadar pengangguran juga rendah tetapi di peringkat bawah masih wujud sedikit kegelisahan,” katanya ketika berucap di Dataran Kampung Pachitan, pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta barisan menteri antaranya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Anwar bersama isteri hadir di Kenduri Rakyat Kampung Pachitan sempena Program Ukhwah Kepimpinan Madani dan Pemukiman anggota pentadbiran dan ahli Parlimen Kerajaan Madani.
Anwar bersama isteri hadir di Kenduri Rakyat Kampung Pachitan sempena Program Ukhwah Kepimpinan Madani dan Pemukiman anggota pentadbiran dan ahli Parlimen Kerajaan Madani.

Anwar berkata, Kerajaan Madani sentiasa mengambil pendekatan mendengar suara rakyat dan berusaha mencari penyelesaian agar beban sara hidup golongan bawahan dapat diringankan.

“Kita sebagai Kerajaan Madani yang prihatin, kita dengar suara dari bawah. Jadi apabila terdengar keresahan, kita cuba meringankannya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau berkata, warga Kampung Pachitan bertuah kerana kampung tersebut menjadi lokasi pilihan anggota pentadbiran dan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan Madani berhimpun.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan pembinaan Kompleks Sukan Baharu Fasa Satu di Kampung Pachitan yang akan dimulakan dalam masa terdekat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!