Kematian kontraktor tiada unsur jenayah - Polis

Laporan Sinar Harian mengenai kejadian kontraktor ditemui mati berlumuran darah di tepi jalan.
Laporan Sinar Harian mengenai kejadian kontraktor ditemui mati berlumuran darah di tepi jalan.
A
A
A

DUNGUN – Polis mengesahkan kematian seorang kontraktor yang ditemukan dengan kesan kelar di kawasan tapak pembinaan perumahan di Taman Madani, Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini pada petang Khamis tiada sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kesemua barangan peribadi mangsa berada dalam keadaan sempurna.

Menurutnya, pemeriksaan forensik mendapati dompet, telefon bimbit serta kenderaan milik mangsa tidak hilang.

"Hasil bedah siasat dijalankan oleh pakar forensik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu malam tadi turut mengesahkan punca kematian disebabkan pengambilan bahan penghakis," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang pada Khamis, mangsa berusia 43 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu ditemukan terbaring berlumuran darah di atas tanah, berhampiran pintu penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kelar pada pergelangan tangan kiri dan leher mangsa, manakala sebilah pisau pemotong kertas turut ditemui berhampiran mayat.

Saksi kejadian mendakwa terjumpa mangsa terbaring di lokasi berkenaan sebelum segera menghubungi pihak polis.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!