Bapa Abang Viva meninggal dunia

Tangkap layar status Abang Viva di akaun Facebook miliknya.
Tangkap layar status Abang Viva di akaun Facebook miliknya.
A
A
A

MELAKA - Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan Abang Viva atau wira banjir, Azwan Omar mengesahkan bapanya, Omar Pilus, 74, meninggal dunia awal pagi Jumaat di Hospital Cyberjaya.

Azwan, 33, memaklumkan, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 pagi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan empat hari lalu akibat demam berpanjangan.

"Arwah mengalami demam beberapa bulan lalu dan pergi ke Cyberjaya untuk melawat cucunya.

"Namun keadaannya tidak menunjukkan perubahan ketara sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Meriang, Nyalas, Jasin untuk dikebumikan hari ini.

Berita pemergian itu mengundang rasa simpati dalam kalangan warganet yang turut menzahirkan ucapan takziah dan doa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Abang Viva pernah mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila secara sukarela membantu mangsa banjir menggunakan kereta Perodua Viva dan sebuah bot fiber.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!