Hujan lebat Korea Selatan: Dua maut, lebih 1,000 dipindahkan

Keadaan banjir di beberapa kawasan di Korea Selatan susulan hujan lebat pada Khamis. Foto Agensi
Keadaan banjir di beberapa kawasan di Korea Selatan susulan hujan lebat pada Khamis. Foto Agensi
A
A
A

SEOUL – Dua maut dan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat melanda beberapa kawasan di Korea Selatan pada Khamis.

Beberapa kawasan di wilayah Chungcheong Selatan telah menerima lebih 400 milimeter hujan sejak Rabu, menyebabkan banjir besar serta mencatatkan rekod hujan tertinggi di kawasan tersebut.

Jabatan Meteorologi Korea menjangkakan hujan berterusan sehingga malam Khamis, manakala Perkhidmatan Hutan Korea turut menaikkan amaran tanah runtuh ke tahap tertinggi di beberapa wilayah termasuk Chungcheong.

Di bandar Gwangju, yang terletak kira-kira 267 kilometer di selatan Seoul, sebanyak 87 jalan raya dan 38 bangunan dilaporkan ditenggelami air dalam tempoh dua jam selepas amaran hujan lebat dikeluarkan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kementerian Pendidikan memaklumkan sebanyak 403 sekolah terpaksa ditutup, manakala 166 premis mengalami kerosakan harta benda akibat fenomena cuaca ekstrem itu.

Pihak berkuasa kini giat menjalankan pemantauan dan melaksanakan langkah kecemasan bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas di kawasan terlibat. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!