54 maut akibat hujan lebat selama 24 jam

Sekurang-kurangnya 54 maut dan 227 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas akibat kemalangan berkaitan hujan di seluruh Pakistan. Foto AFP
Sekurang-kurangnya 54 maut dan 227 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas akibat kemalangan berkaitan hujan di seluruh Pakistan. Foto AFP
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 54 orang maut dan 227 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas akibat kemalangan berkaitan hujan di seluruh Pakistan, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) pada Khamis, lapor Xinhua.

Bahagian media NDMA memberitahu Xinhua, kebanyakan kemalangan berlaku di wilayah timur Punjab selepas ribut hujan dan angin kencang melanda wilayah itu.

Hujan itu mengakibatkan kemusnahan besar, dengan kawasan paling teruk terjejas ialah Daerah Lahore dan Faisalabad, menurut NDMA, sambil menjelaskan kebanyakan kematian berlaku akibat runtuhan tembok dan bumbung. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!