Kes liwat bersiri: Lelaki Pakistan didakwa di mahkamah esok

Laporan SinarHarian pada 9 Julai lalu. Gambar kecil: Mohd Iqbal
Laporan SinarHarian pada 9 Julai lalu. Gambar kecil: Mohd Iqbal
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Pakistan yang disyaki terbabit dalam beberapa siri kes liwat dan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki di sini akan didakwa di mahkamah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 24 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam sekitar jam 8.30 pagi.

"Suspek akan didakwa membabitkan tiga kes liwat dan satu cabul," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Suspek tersebut ditahan polis di Kuala Nerang, Kedah pada 8 Julai lalu.

Mohd Iqbal dilaporkan berkata, suspek warga Pakistan itu disyaki terlibat dalam empat siri kejadian cabul dan liwat membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 9, 13 dan 14 tahun serta seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

Sebelum ini, tular di beberapa platform media sosial mengenai kejadian beberapa orang kanak-kanak lelaki diliwat dan dicabul oleh seorang lelaki warga Pakistan di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28, Shah Alam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!