Rumah kosong sorok 350kg daun ketum diserbu

PGA merampas 15 guni daun ketum seberat 350 kilogram dalam Op Wawasan di sebuah rumah kosong di Kampung Kolam, Padang Besar, Perlis kelmarin.
PGA merampas 15 guni daun ketum seberat 350 kilogram dalam Op Wawasan di sebuah rumah kosong di Kampung Kolam, Padang Besar, Perlis kelmarin.
A
A
A

PADANG BESAR - Sebuah rumah kosong di Kampung Kolam di sini yang dipercayai dijadikan tempat simpanan daun ketum dibongkar Pasukan Gerakan Am (PGA) kelmarin.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, operasi Op Wawasan kira-kira jam 9.30 pagi itu dijalankan hasil maklumat dan risikan.

"Pemeriksaan di rumah terbabit menjumpai 15 guni berisi daun ketum seberat 350 kilogram dianggar bernilai RM10,500.

"Dipercayai daun ketum ini akan diseludup keluar ke negara jiran," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sebuah rumah kosong di Kampung Kolam, Padang Besar, Perlis diserbu polis kelmarin.
Sebuah rumah kosong di Kampung Kolam, Padang Besar, Perlis diserbu polis kelmarin.

Beliau berkata, barang rampasan dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan terbabit boleh salurkan di balai berhampiran.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Dalam kes berlainan, PGA turut berjaya menahan seramai 16 warga asing berusia 6 hingga 45 tahun termasuk lima wanita dalam dua operasi berasingan di sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

"Disyaki kesemua tangkapan yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ini adalah warga Myanmar. Kita turut merampas telefon bimbit, mata wang asing dan ringgit," katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.