Piya hanya campuran koko dan rempah semula jadi - eHati

Diana Tahir dan Rahim Shukor menjelaskan bahawa minuman tersebut hanyalah campuran koko asli, madu dan rempah semula jadi yang dirumus khas untuk membantu menenangkan fikiran. Foto Facebook Diana Tahir
Diana Tahir dan Rahim Shukor menjelaskan bahawa minuman tersebut hanyalah campuran koko asli, madu dan rempah semula jadi yang dirumus khas untuk membantu menenangkan fikiran. Foto Facebook Diana Tahir
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Syarikat motivasi rumah tangga, Ehati International Sdn. Bhd. (eHati) menafikan bahawa minuman 'Piya' yang diberikan kepada peserta program mengandungi bahan terlarang.

Dalam kenyataan pada Selasa, pengasas bersama eHati, Diana Tahir dan Rahim Shukor menjelaskan bahawa minuman tersebut hanyalah campuran koko asli, madu dan rempah semula jadi yang dirumus khas untuk membantu menenangkan fikiran.

“Minuman ini langsung tidak mempunyai bahan terlarang atau cendawan ajaib seperti didakwa,” katanya.

Sebelum ini, tular dakwaan di media sosial yang menyatakan peserta program diberi sejenis minuman yang tidak diketahui kandungannya sehingga mampu menyebabkan perubahan mood dalam tempoh singkat.

Dakwaan itu telah mengundang pelbagai persepsi, termasuk kaitan dengan bahan terlarang yang dikenali sebagai 'cendawan ajaib'.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!