AirAsia tambah baik sistem tempahan

No Image Caption
A
A
A

AIRASIA Bhd akan menaik taraf sistem tempahan Naviire New Skies pada hujung minggu ini dalam usahanya untuk menyediakan pengalaman dalam talian yang ditambah baik.

Untuk itu, tempahan penerbangan menerusi laman web AirAsia, aplikasi mudah alih AirAsia, pejabat jualan AirAsia, kaunter dan pusat panggilannya, tidak dibuka dari 2.00 petang pada 19 Jan hingga 3.00 pagi pada 20 Jan.

"Pelanggan juga tidak dapat melakukan pemeriksaan masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk lapangan terbang atau menguruskan tempahan mereka sehingga proses menaik taraf itu selesai," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata, semua pelanggan yang akan terbang sepanjang tempoh itu dinasihatkan supaya mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh menaik taraf itu serta mencetak pas masuk atau menggunakan pas E-Boarding jika tersedia.

Daftar masuk menerusi web dan mudah alih boleh dilakukan 14 hari sebelum berlepas untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsiaX. - Bernama

Artikel Berkaitan: