Kite4Palestine di Padang Kota Lama

A
A
A

Orang ramai menyertai program Kite4Palestine di Padang Kota Lama hari ini. Seramai 100 orang mengambil bahagian dalam program secara aman itu yang dianjurkan oleh gabungan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan komuniti akar umbi.

Himpunan ini menyatukan keluarga, anak muda dan aktivis dalam satu aksi penuh makina sebagai tanda ingatan dan penentangan damai. Kanak-kanak turut menerbangkan layang-layang yang membawa mesej harapan, kebebasan dan maruah.

Kite4Palestine adalah sebahagian daripada gelombang solidariti global yang sedang bangkit dari seluruh pelusuk dunia. Ia merupakan maklum balas rakyat terhadap bencana kemanusiaan yang sedang berlaku secara terang-terangan. 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!