Tiga warga asing diselamatkan dalam kebakaran gudang barangan runcit

Tiga warga asing diselamatkan dalam kebakaran gudang barangan runcit

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran. Gambar kanan: Salah seorang warga asing yang diselamatkan diberikan rawatan.
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran. Gambar kanan: Salah seorang warga asing yang diselamatkan diberikan rawatan.
A
A
A

PETALING JAYA - Tiga warga asing berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dalam kebakaran sebuah gudang barangan runcit di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 3.05 pagi.

"Seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penchala serta bantuan BBP Petaling Jaya dan BBP Damansara bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh tiga kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati aras bawah bangunan gudang empat tingkat itu terbakar sebanyak 40 peratus.

"Kita berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga India serta seorang lelaki dan seorang wanita warga Myanmar. Mereka tidak mengalami kecederaan," katanya.

Beliau berkata, kebakaran itu terkawal pada jam 4.04 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya dan kerja-kerja ‘overhaul’ dilaksanakan.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!