Asman Shah angkat sumpah SUK Johor

Asman Shah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Johor yang baharu dalam satu majlis istiadat di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di Johor Bahru.
Asman Shah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Johor yang baharu dalam satu majlis istiadat di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman pada Isnin, mengangkat sumpah jawatan dan sumpah taat setia sebagai SUK yang baharu dalam satu majlis istiadat di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di sini.

Istiadat penyerahan surat tauliah itu disempurnakan, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

"Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Majlis Istiadat Penyerahan Surat Tauliah, Sumpah Jawatan dan Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Johor kepada Datuk Asman Shah Abd Rahman di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada hari ini, 7 Julai 2025," jelas kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Asman Shah menggantikan Tan Sri Azmi Rohani yang dilantik sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Asman Shah sebelum ini merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) yang dilantik pada 1 Oktober tahun lalu.

Beliau juga adalah bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Chiba, Jepun, Asman Shah berpengalaman hampir dua dekad dalam sektor perkhidmatan awam, termasuk menerajui pelbagai inisiatif pembangunan ketika memimpin Pasir Gudang sebagai datuk bandar pertama sejak bandar itu diangkat menjadi bandar raya pada November 2020.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!