Di mana Nurul Misha Najuwa?

Nurul Misha Najuwa. Foto IPD Kuantan
Nurul Misha Najuwa. Foto IPD Kuantan
A
A
A

 

KUANTAN – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di sini sejak Rabu.

Nurul Misha Najuwa Zulkarnain, pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Kuantan kali terakhir dilihat sekitar jam 2.50 petang pada hari kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, kehilangan mangsa disedari ahli keluarganya sebelum laporan dibuat pada Khamis.

“Mangsa memakai T-shirt putih kuning, seluar trek hitam dan membawa beg galas hitam ketika dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kehilangan dipercayai ada kaitan dengan keengganannya untuk meneruskan persekolahan.

“Usaha mencari dan mengesan mangsa sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatannya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian hotline 09-5652089 bagi membantu siasatan.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!