Lagi penumpang degil bawa 16 ular hidup dalam pesawat

Ia merupakan rampasan ketiga melibatkan kes serupa. Foto Agensi
Ia merupakan rampasan ketiga melibatkan kes serupa. Foto Agensi
A
A
A

MUMBAI - Pegawai kastam sekali lagi membuat rampasan reptilia hidup yang dibawa penumpang penerbangan antarabangsa.

Jurucakapnya mengesahkan kejadian itu melibatkan seorang penumpang yang menaiki penerbangan dari Thailand ke Mumbai pada Ahad.

"Individu itu telah ditahan sejurus dia tiba di lapangan terbang hab kewangan India tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Ia merupakan rampasan ketiga melibatkan kes serupa," menurutnya lagi.

Pada bulan lalu, seorang penumpang yang juga dari Bangkok ditahan ketika cuba menyeludup puluhan ular berbisa dan seorang lagi pengembara yang membawa haiwan hidup termasuk cicak serta possum pemanjat pokok juga 'kantoi' ketika pemeriksaan dilakukan ke atasnya.

Difahamkan, ular tidak berbisa antara haiwan yang dijual di pasaran gelap kerana sering mendapat permintaan tinggi peminat haiwan eksotik. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!