SK Bukit Piatu anjur solat hajat, duha

Warga SK Bukit Piatu mengadakan solat hajat di perkarangan sekolah terbabit hari ini.
Warga SK Bukit Piatu mengadakan solat hajat di perkarangan sekolah terbabit hari ini.
A
A
A

BENTONG - Seramai 760 individu terdiri daripada murid, guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Piatu mengambil inisiatif mengadakan solat hajat di perkarangan sekolah itu hari ini sebagai usaha memohon dijauhkan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda di negara ini.

Ia juga berikutan kes pertama Covid-19 di Pahang apabila seorang warga emas berusia 60 tahun disahkan positif virus tersebut dari daerah ini.

Guru Besarnya, Ahmad Saiful Zaman Abdul Rahman berkata, inisiatif itu diambil bagi memohon supaya wabak berkenaan dijauhkan daripada rakyat di negara ini.

Menurutnya, program itu dimulakan dengan solat sunat duha, solat hajat, doa dan bacaan surah Yasin.

Bacaan Surah Yassin turut diadakan di sekolah terbabit.
Bacaan Surah Yassin turut diadakan di sekolah terbabit.

"Turut diadakan ialah taklimat mengenai pencegahan wabak tersebut.

"Kita juga sentiasa mengingatkan murid dan warga sekolah sentiasa berwaspada dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, solat hajat itu juga satu usaha supaya semua sekolah peka dengan sebarang perkembangan berkaitan wabak tersebut.

Artikel Berkaitan: