Lelaki Bangladesh dikhuatiri lemas ketika jala ikan

Amiruddien (tengah) hadir ke lokasi bagi melihat operasi SAR yang dijalankan.
Amiruddien (tengah) hadir ke lokasi bagi melihat operasi SAR yang dijalankan.
A
A
A

TAMPIN – Seorang lelaki warga Bangladesh dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menjala di sebuah sungai berhampiran Kampung Bangkahulu, Gemas, di sini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 5 petang pada Khamis.

“Kita menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 yang memaklumkan terdapat seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai telah lemas.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menarik jaring ikannya sebelum dihanyutkan oleh arus deras,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Operasi SAR dilakukan bagi mencari lelaki Bangladesh yang dikhuatiri lemas ketika jala ikan.
Operasi SAR dilakukan bagi mencari lelaki Bangladesh yang dikhuatiri lemas ketika jala ikan.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan pada hari kejadian dan disambung semula pada Jumaat dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Bagaimanapun, katanya, setakat jam 4 petang, mangsa masih belum ditemui.

“Difahamkan ketika kejadian, rakan sekerja mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an turut berada di lokasi dan melihat mangsa menjala ikan sebelum dihanyutkan arus deras,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!