Tiga rumah teres di Tasek Gelugor terbakar

Tiga buah rumah teres di Taman Tasek Gelugor Utama, di Tasek Gelugor terbakar pagi tadi namun kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Gambar hiasan
Tiga buah rumah teres di Taman Tasek Gelugor Utama, di Tasek Gelugor terbakar pagi tadi namun kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Gambar hiasan
A
A
A

TASEK GELUGOR – Tiga buah rumah teres di Taman Tasek Gelugor Utama, di sini, terbakar pagi tadi namun kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 4.52 pagi.

“Sebaik pihak bomba tiba, didapati api sedang marak. Kebakaran turut melibatkan lima buah kereta dan empat buah motosikal,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.59 pagi dan pemantauan selesai dijalankan kira-kira tiga jam kemudian.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!