Kementerian Luar muktamad usaha bantu rakyat Malaysia keluar dari Teheran

Individu yang bersetuju menyertai proses evakuasi dijangka berlepas dari Teheran pada Jumaat.
Individu yang bersetuju menyertai proses evakuasi dijangka berlepas dari Teheran pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar kini dalam peringkat akhir memuktamadkan usaha untuk membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka di Iran kembali ke tanah air susulan konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Iran.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat, kementerian itu memaklumkan bahawa individu yang telah bersetuju untuk menyertai proses evakuasi dijangka berlepas dari Teheran pada Jumaat. 

Kementerian itu juga sedang bekerjasama rapat dengan Perwakilan Malaysia yang terlibat bagi memastikan perjalanan pulang rakyat Malaysia dan keluarga mereka ke tanah air dilaksanakan dengan segera, lancar dan selamat.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Madani Datuk Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan memindahkan rakyatnya dari Iran pada Jumaat berikutan peningkatan risiko keselamatan susulan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran. - Bernama 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!