Zaleha Hamid meninggal dunia

Penyanyi dangdut era 80-an, Zaleha Hamid meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kira-kira jam 8.30 malam pada Khamis.
Penyanyi dangdut era 80-an, Zaleha Hamid meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kira-kira jam 8.30 malam pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Penyanyi dangdut era 80-an, Zaleha Hamid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kira-kira jam 8.30 malam pada Khamis.

Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh anak sulung Allahyarham, Ungku Chik Zafirulazman.

Ungku Chik memaklumkan bahawa ibunya telah seminggu dirawat di hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 6.30 petang tadi, mama mengalami sesak nafas dan dibantu dengan alat bantuan pernafasan sebelum menghembuskan nafas terakhir malam ini,” ujarnya ketika dihubungi pada malam Khamis.

Beliau turut memaklumkan bahawa proses pengurusan jenazah masih dijalankan di Unit Forensik HSA dan lokasi pengebumian belum dapat dipastikan.

Sebelum ini, Zaleha dilaporkan terlantar sejak tahun 2020 akibat serangan angin ahmar.

Zaleha Hamid yang digelar Ratu Dangdut Malaysia dan Singapura dikenali menerusi lagu-lagu hits seperti Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman, Nasib Janda, Jangan Kau Tangiskan, dan Kekasih di Tangan Orang.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!