'Saya telefon dia polis yang jawab'
“Tapi bila saya telefon semula, dia dah tak jawab. Saya cuba hubungi beberapa kali, sampai jam 9 malam polis yang jawab dan beritahu suami saya kemalangan,” kata isteri mangsa kemalangan maut, Muhammad Zulhaidi Iqhwan Abdullah, 26, yang bertembung dengan sebuah motosikal lain yang hilang kawalan selepas dilanggar sebuah kereta dari arah belakang di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah–Simpang, Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Hasrat suaminya untuk menyambut ulang tahun pertama anak perempuan mereka bulan depan tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, Selasa lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734360/berita/semasa/arwah-minta-ambil-gambar-banyak-banyak
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf!
25–27 Julai
9 pagi – 12 tengah malam
Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #kemalangan #mangsakemalangan #KarnivalSiangMalam