Polis buru suspek tembak dua lelaki

Polis sedang mengesan suspek yang menembak dua lelaki di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, pada Selasa.
Polis sedang mengesan suspek yang menembak dua lelaki di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan suspek yang menembak dua lelaki di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihak polis telah menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 12.48 tengah malam.

Menurutnya, sekumpulan lelaki bertopengkan ski hitam menaiki kenderaan jenis Perodua Alza telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

"Dalam kejadian tersebut dua lelaki tempatan dalam berusia 40-an telah terkena tembakan.

"Kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohamed Yusuf berkata, setakat ini pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.

Menurut saksi, sekumpulan lelaki secara tiba-tiba berlari ke arah kedua-dua mangsa itu.

Artikel Berkaitan:

Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati mayat kedua-dua mangsa terbaring di hadapan kenderaan mereka.

Polis dilaporkan sedang mengumpul maklumat daripada saksi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti identiti suspek.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!