Wanita ditemui meninggal dunia depan kedai

Seorang wanita ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah kedai di Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, pada Ahad. Gambar hiasan.
Seorang wanita ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah kedai di Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, pada Ahad. Gambar hiasan.
A
A
A

PUCHONG – Seorang wanita ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah kedai di Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu menerusi panggilan kecemasan MERS 999 yang diterima oleh Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada jam 8.46 pagi.

“Siasatan awal mendapati individu berkenaan merupakan wanita warga Thailand berumur dalam lingkungan 30-an.

“Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mayat wanita terbabit telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk tujuan bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” ujarnya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!