Misteri bongkah ais hitam gergasi terapung

No Image Caption
A
A
A

LABRADOR - Sebuah bongkah ais hitam gergasi seperti jelaga ditemui terapung di luar perairan Labrador, Kanada hingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Imej itu pertama kali dirakamkan oleh Hallur Antoniussen yang sedang memancing di Carbonear pada bulan lalu.

"Aisberg itu sememangnya berbeza malah ia berbentuk seperti berlian," kata Antoniussen, 64, yang menganggarkan ukurannya adalah kira-kira tiga kali ganda daripada saiz banglo standard.

Pengguna media sosial turut menzahirkan rasa kagum dengan keunikan bongkah ais itu setelah gambar tersebut menjadi tular.

Sebahagian daripadanya turut mengemukakan teori yang menyebabkan ia berwarna sedemikian.

"Pertama kali saya melihat aisberg berwarna hitam," kata seorang warganet.

Bagi menjawab persoalan ramai, terdapat pakar yang cuba menjelaskan ada beberapa bongkah ais berwarna hitam atau kelabu disebabkan oleh kotoran atau berkemungkinan ia bergolek di atas permukaan yang gelap hingga mengubah warna asalnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!