Ajal pulang dari kerja

Wanita berusia 21 tahun maut kereta dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di KM 30 Jalan Seremban-Kuala Pilah (sumber: polis)
Wanita berusia 21 tahun maut kereta dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di KM 30 Jalan Seremban-Kuala Pilah (sumber: polis)
A
A
A

KUALA PILAH – Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 30, Jalan Seremban–Kuala Pilah, di sini pada Isnin.

Kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 21 tahun bersama rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai waktu kerja.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menghala ke Seremban.

“Namun apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Akibatnya, seorang wanita berusia 21 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di lokasi kejadian manakala pemandu mengalami patah tangan dan kini masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!