'Terima kasih Dr Mahathir atas pandangan positif'

Laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini.
Laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan satu pengiktirafan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kenyataan bersifat sokongan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu merupakan satu perkara khabar baik kepada Perikatan Nasional.

“Terima kasih kita kepada Dr Mahathir atas pandangan positif terhadap kerajaan baharu, sebab sebelum ini banyak pandangan yang agak negatif digambarkan beliau terhadap kerajaan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Muhyiddin mampu bertahan sehingga PRU15: Tun M

Muhyiddin kongsi kandungan surat untuk bertemu Dr Mahathir

“Kalau saya tengok dari sudut politik itu merupakan satu 'endorsement' daripada Tun Mahathir terhadap kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan baharu,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Mohd Amar ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.
Mohd Amar ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.

Dr Mahathir dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian memberitahu Muhyiddin kini dipercayai sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara dan boleh bertahan sehingga PRU15.

Dalam temubual tersebut juga Dr Mahathir turut berharap Muhyiddin dapat meneruskan dasar-dasar yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri ketujuh selama 22 bulan.

Mengulas perkara itu, Mohd Amar juga juga Timbalan Menteri Besar Kelantan bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa perkara baik perlu diteruskan oleh kerajaan baharu.

Artikel Berkaitan:

“Kita sendiri di dalam Pas, mana-mana dasar dan keputusan yang baik yang dibuat oleh Pakatan Harapan, kita boleh teruskan tidak menjadi masalah,” katanya.