Iran dakwa tawan juruterbang Israel

Sebuah jet pejuang Israel dilihat terbang di ruang udara Damsyik pada hari serangan dilancarkan terhadap Iran. – AFP
Sebuah jet pejuang Israel dilihat terbang di ruang udara Damsyik pada hari serangan dilancarkan terhadap Iran. – AFP
A
A
A

DUBAI – Media rasmi Iran mendakwa pasukan tenteranya berjaya menembak jatuh sebuah lagi jet pejuang F-35 milik Israel menjadikan jumlah keseluruhan tiga pesawat yang didakwa telah ditembak sejak serangan Israel terhadap Iran bermula pada Jumaat lalu.

Laporan akhbar milik kerajaan, Tehran Times menyatakan bahawa seorang juruterbang Israel telah terbunuh manakala seorang lagi berjaya ditawan oleh pasukan keselamatan Iran.

Namun, dakwaan itu segera dinafikan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang menyifatkan laporan tersebut sebagai tidak berasas dan direka semata-mata.

“Laporan yang disebarkan oleh media Iran ini adalah tidak benar sama sekali,” tegas Jurucakap Arab IDF, Kolonel Avichay Adraee menerusi kenyataan media pada Sabtu.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan baharu yang dinamakan Operasi Singa Bangkit (Operation Rising Lion) bagi mengekang ancaman nuklear Iran terhadap keselamatan Israel.

Menurut Netanyahu, operasi tersebut akan diteruskan tanpa henti sehingga matlamat utama berjaya dicapai sepenuhnya. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!