Bunuh bos dengan lori batu kuari, warga emas dipenjara 23 tahun

Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 23 tahun oleh Mahkamah Daerah Fukuoka, cawangan Kokura, selepas didapati bersalah membunuh penyelianya dengan melanggar menggunakan lori batu kuari di sebuah kuari. Foto Agensi
Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 23 tahun oleh Mahkamah Daerah Fukuoka, cawangan Kokura, selepas didapati bersalah membunuh penyelianya dengan melanggar menggunakan lori batu kuari di sebuah kuari. Foto Agensi
A
A
A

FUKUOKA, Jepun – Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 23 tahun oleh Mahkamah Daerah Fukuoka, cawangan Kokura, selepas didapati bersalah membunuh penyelianya dengan melanggar menggunakan lori batu kuari di sebuah kuari.

Dalam kejadian pada 4 Oktober tahun lalu, tertuduh, Hiroyuki Takahashi, 62, melanggar mangsa, Yuji Yamazaki, 51, dengan lori pembuangan seberat 72 tan di kuari yang terletak di Daerah Kokuraminami, Kitakyushu, Jepun.

Menurut Japan Today, insiden tersebut berlaku sekitar jam 2.30 petang ketika mereka berada di tempat kerja.

Tertuduh turut dilaporkan cuba melanggar dua lagi individu iaitu rakan sekerja dan pengurus tapak yang berada di lokasi kejadian, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Susulan itu, mahkamah mendapati Takahashi bersalah atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh.

Dalam pada itu, pihak pembelaan memohon agar hukuman diringankan kepada 13 tahun dengan alasan jenayah tersebut tidak dirancang.

Bagaimanapun, Hakim Junpei Miyoshi berkata, motif jenayah itu dipercayai berpunca daripada letusan kemarahan yang telah lama terpendam dalam diri Takahashi terhadap rakan sekerjanya.

“Terdapat perbezaan besar antara rasa tidak puas hati terhadap persekitaran kerja dan tindakan membunuh,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!