X

Kindly register in order to view this article
!

Azmin pengerusi mesyuarat Kabinet jika Muhyiddin tiada

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut kelihatan, menteri kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan). - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan tanggungjawab terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mempengerusikan mesyuarat Kabinet sewaktu ketiadaannya.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, kedudukan Mohamed Azmin sama dengan tiga menteri kanan lain.

"Sekiranya beliau tiada, mesyuarat akan dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Mereka sama," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet di sini hari ini.

Isnin lalu, Muhyiddin dalam pengumuman jemaah menteri memutuskan tiada keperluan bagi jawatan timbalan perdana menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin umum senarai Kabinet, lantik empat menteri kanan

Empat menteri kanan akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Selain Azmin dan Ismail Sabri, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin dinamakan sebagai menteri kanan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!