Kes 1MDB: SPRM berjaya lucut hak wang lebih RM4 juta di Switzerland

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kebenaran perintah lucut hak itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Muniandy Kannyappan selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan tiada sebarang bantahan atau tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 Kuala Lumpur, pada Jumaat.
"Menerusi penghakimannya, Hakim Muniandy Kannyappan membenarkan wang dalam akaun perbankan atas nama Derivale Limited milik Azlin bin Alias selaku pemegang benefisiari, dilucutkan kepada kerajaan Malaysia menerusi SPRM.
"Lucut hak bagi wang berkenaan dibuat di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)," katanya.
Tambah kenyataan itu, ini merupakan kejayaan pertama SPRM melucut hak aset luar negara tanpa melibatkan pendakwaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
