Penghantar barang maut dirempuh kereta buat pusingan U

Seorang penghantar barang maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di Jalan Permas Utara, di sini, pada Khamis.
Seorang penghantar barang maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di Jalan Permas Utara, di sini, pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang penghantar barang maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di Jalan Permas Utara, di sini, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 6.20 petang, melibatkan motosikal Yamaha Y15ZR dan kereta jenis Perodua Myvi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa yang berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi dari arah Plentong membuat pusingan U secara mengejut ketika tiba di lokasi.

“Bagaimanapun, semasa melakukan pusingan U, sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dari arah Permas datang dan penunggangnya gagal mengelak lalu merempuh bahagian sisi kiri belakang kereta terbabit, menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta Myvi yang juga seorang suri rumah warga China tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujian pernafasan alkohol terhadap wanita berusia lingkungan 30-an itu didapati negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Johor Bahru Selatan, Inspektor Nur Fathihah Ismail di talian 010-4171762 bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!