Guru, anak sulung ditemui maut disyaki dibunuh

MELAKA – [DIKEMAS KINI] Seorang guru yang juga ibu tunggal bersama anak sulungnya berusia 21 tahun dipercayai dibunuh dalam kejadian tragis di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, di sini, pada pagi Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun dan anak sulungnya dipercayai ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah, manakala seorang anak lelaki bongsu berusia 13 tahun pula ditemui dalam keadaan berlumuran darah di garaj kereta rumah teres setingkat berkenaan.
Difahamkan, anak kedua mangsa yang berusia 17 tahun baru pulang ke rumah pagi ini.
Sehingga jam 9 pagi, pasukan forensik polis masih berada di lokasi kejadian yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!