Ibu, anak ditemui maut dalam kereta

Lokasi mayat ibu dan anak ditemui maut dalam kereta di hadapan sebuah sekolah di Bandar Baru Uda (BBU) pada malam Khamis.
Lokasi mayat ibu dan anak ditemui maut dalam kereta di hadapan sebuah sekolah di Bandar Baru Uda (BBU) pada malam Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seorang ibu bersama anak perempuannya ditemui maut dalam sebuah kereta jenis BMW yang diparkir di tepi jalan di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Bandar Baru Uda di sini, malam Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, dua beranak yang berusia 42 tahun dan 14 tahun itu ditemui oleh orang awam pada jam 9 malam.

Katanya, kedua-dua mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta berkenaan sebelum dimaklumkan kepada polis.

"Kita menerima laporan berhubung penemuan kedua-dua mangsa itu jam 10 malam tadi.

"Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi tujuan bedah siasat dan pihak polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.

"Bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa masih menunggu siasatan makmal (pending laboratory investigation)," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di sini, pada Jumaat.

Sementara itu Balveer Singh berkata, hasil siasatan awal, pihaknya percaya kejadian berlaku akibat kebocoran saluran minyak petrol di bahagian enjin.

Katanya, keadaan itu menyebabkan berlaku pemeluwapan hingga memasuki saluran pendingin hawa kereta berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Maklumat kita dapat berdasarkan siasatan awal, kita lihat menerusi perbualan terakhir mangsa dalam kumpulan Whatsapp mangsa bersama-sama kawannya dalam kumpulan WhatsApp, mangsa memaklumkan dia baharu selesai membeli-belah di kawasan sekitar BBU (Bandar Baru Uda) dan berhenti sekejap di lokasi kejadian kerana tidak berapa sihat.

"Mangsa yang mempunyai tiga anak tinggal di Bakar Batu di sini.

"Mangsa yang maut adalah anak bongsu. Semasa kedua-dua mayat ditemui, enjin kereta masih hidup," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!