Nahas UPSI: Isteri, anak pemandu Alza sedang dirawat di hospital

No Image Caption
A
A
A

BALING – Isteri kepada pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza serta anak perempuan mereka berusia enam tahun yang terlibat dalam tragedi nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Baling, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata, Nurul Ain Zakaria, 36, serta anaknya, Nur Aisyah Nafishah Mohd Lutfi, 6, kini berada dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke bahagian ortopedik untuk rawatan susulan.

Bagaimanapun katanya ketika dihubungi, suami kepada Nurul Ain yang juga pemandu MPV berkenaan, Mohd Lutfi Radzi, 37, bersama anak bongsu mereka, Muhammad Ahsan Nafis, 2, yang turut cedera dalam kemalangan itu, telah dibenarkan pulang petang tadi selepas menerima rawatan di hospital sama.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik, seramai 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah Perodua Alza.

Bas berkenaan yang membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim, Perak. – Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!