Hamdee penyeri hidup Hafiz Hamidun

Hafiz Hamidun berkongsi berita gembira mengambil anak angkat di Instagram miliknya.
Hafiz Hamidun berkongsi berita gembira mengambil anak angkat di Instagram miliknya.
A
A
A

PENYANYI nasyid popular, Hafiz Hamidun mengambil seorang bayi lelaki dijadikan anak angkat sebagai penyeri hidupnya dan keluarga.

Hafiz yang juga seorang komposer berkongsi berita gembira kehadiran bayi itu di Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri itu, Hafiz menunjukkan gambar anak angkatnya bernama Hamdee Hafiz dan berharap dapat menjaga amanah ALLAH itu sebaiknya.

"Assalamualaikum. Moga amanah dari ALLAH ini dapat saya dan keluarga jaga dengan penuh kasih sayang dan membesar menjadi insan yang soleh dan berakhlak sempurna," tulisnya.

Bekas kumpulan UNIC ini turut membuat satu akaun IG buat anaknya untuk berkongsi kehidupan kepada para peminatnya.

Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 2017 sebelum bercerai beberapa bulan kemudian.

Menjengah di ruang komen, rakan-rakan artis termasuk semua peminat mengucapkan tahniah di atas anugerah yang terindah itu.

"Barakallah ustaz, doa terbaik buat si bayi," kata @rajurrahma.

Artikel Berkaitan:

Sementara @aisyahsyah85 menzahirkan rasa syukur di atas perkhabaran itu.

"Syukur alhamdulillah, semoga dipermudahkan," katanya.