KDN lulus 8,000 permohonan warganegara kategori anak angkat

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

SERDANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan 8,000 permohonan taraf kewarganegaraan kategori anak angkat setakat Mei ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bakal mencapai sasaran sebanyak 10,000 menjelang akhir tahun ini.

“Fokus saya adalah permohonan di bawah kategori anak angkat, Kenapa saya utamakan ini?

“Bagi kategori anak angkat, mereka tiada dokumen pengenalan diri dan masalah akan berlarutan, susah nak dapat rawatan, perubatan kena bayar lebih macam orang asing dan sukar hendak masuk sekolah,” katanya kepada media pada Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni & Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin.

Jelasnya, melalui kes -kes yang teliti, sebahagian pemohon sudah mencapai umur hendak masuk universiti dan kolej.

“Sebagai contoh di Gombak pada majlis hari raya, saya didatangi satu kanak-kanak perempuan bernama Sonia umur 13 tahun, saya bagi kelulusan baru-baru ini kerana ibu dan bapa angkat menjaganya sejak berumur tiga tahun

“Dia pelajar cemerlang, dia bagi tahu saya dia hendak jadi doktor, mata pelajaran minat sains dan mak ayah dia beritahu akademiknya sangat cemerlang,” ujarnya.

Saifuddin, menegaskan keputusan itu dibuat bukan sebab kecemerlangan akademik kanak-kanak itu tetapi kerana permohonan kewarganegaraannya sudah dibuat sejak 10 tahun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!